https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS003_1624243072jpeg

JADILAH UMAT YANG MENUNTUT ILMU

“DARI ANAS RA, IA BERKATA: RASULULLAH SAW BERSABDA: “BARANGSIAPA YANG KELUAR UNTUK MENCARI ATAU MENUNTUT ILMU, MAKA DIA ADALAH ORANG YANG BERJIHAD FI SABILILLAH SEHINGGA IA KEMBALI”. (RIWAYAT OLEH TIRMIDZI).

RASULULLAH SAW MENERANGKAN KEPADA KITA BETAPA PENTINGNYA MENUNTUT ILMU SEBAGAI ORANG ISLAM YANG BERIMAN DAN MENTAUHIDKAN ALLAH. ILMU PENGETAHUAN SERING DISEBUT SEBAGAI JAMBATAN KEJAYAAN, PEMANGKIN KEMENANGAN DAN MENCARI PETUNJUK. MAKA, TIDAK HAIRANLAH MENGAPA IA MENJADI TUNTUTAN DAN SARANAN YANG PENTING.

DENGAN ILMU, SESEORANG MAMPU MELAKUKAN HAL YANG BERMANFAAT BAGI DIRINYA JUGA ORANG LAIN MELALUI PENGETAHUAN YANG DIMILIKI. MANFAAT ILMU TIDAK HANYA DIRASAKAN INDIVIDU ITU SAHAJA BAHKAN MASYARAKAT SEKITARNYA AKAN MENDAPAT PERKONGSIAN SERTA MANFAAT DARI ILMU YANG DIMILIKI SESEORANG KERANA :

1. MEMBEZAKAN YANG HAK DAN BATIL
 MANFAAT MENUNTUT ILMU SESEORANG TIDAK AKAN TERJERUMUS KEPADA PERBUATAN ATAU TINDAKAN YANG SALAH. KEMUNGKINAN UNTUK MELAKUKAN TINDAKAN SALAH KERANA PENGARUH DARI ORANG LAIN JUGA SANGAT KECIL. ORANG BERILMU AKAN MEMPUNYAI LANDASAN HIDUP YANG KUAT SERTA SELALU BERUSAHA MENEMPATKAN DIRI DALAM POSISI YANG IA MERASKAN TEPAT, BENAR DAN BETUL.

2. BERMANFAAT HINGGA AKHIR HAYAT
SETELAH MANUSIA MENINGGALKAN DUNIA MAKA TERPUTUS SUDAH SEMUA HAL DUNIAWI PADA DIRINYA. HAKIKATNYA MANUSIA AKAN MENINGGALKAN SEGALA BENTUK URUSAN YANG TERJALIN PADA MANUSIA SECARA LANGSUNG SETELAH MENINGGAL DUNIA. NAMUN, MELALUI ILMU YANG DITINGGALKAN ATAU DISAMPAIKAN, ILMU ITU AKAN SENTIASA DIKENANG DAN DIAMALKAN SEPANJANG ZAMAN.

MAKA, ILMU PERLU DILIHAT SEBAGAI SESUATU YANG MAHAL BERBANDING PERKARA-PERKARA LAIN. MAKA DISEBABKAN ITULAH ILMU DIANGGAP SEBAGAI PERMATA YANG BERHARGA. ILMU JUGALAH AKAN MEMBENTUK KEBAIKAN SAHSIAH DAN AMALAN DIRI KITA. MANAKALA, KEBAIKAN BUKANLAH TERLETAK DENGAN BANYAKNYA HARTA, TINGGINYA PANGKAT KUASA, KETURUNAN YANG HEBAT ATAU BESARNYA JASA.
NAMUN KEBAIKAN HANYALAH TERLETAK PADA ILMU ALLAH SWT KETIKA KITA MENCARI KEREDHAAN-NYA.

MAKA, MENERUSI ILMU, MANUSIA DAPAT MELAHIRKAN TALI SILATURRAHIM SESAMA MEREKA, MENJAGA PERHUBUNGAN DI ANTARA MAKHLUK DAN MANUSIA SERTA MENJAGA HUBUNGAN DI ANTARA MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA. WALLAHUALAM.

NAK KAMI BANTU ANAK ANDA MENUNTUT ILMU? DAFTAR SEKARANG DI RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL UNTUK SESI 2022! INSHALLAH KAMI BANTU ANAK ANDA MENJADI ANAK YANG BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.

UNTUK INFO LANJUT, HUBUNGI ADMIN KAMI :

KAJANG (HQ)

NO. 3-2 JALAN PUTRA 4,

TAMAN PUTRA KAJANG 43000

KAJANG SELONGAR

NO. TEL : 016-424 2600

 

CAWANGAN SEMENYIH

NO. 23, JALAN VISTA VALLEY,

43500 SEMENYIH, SELANGOR

NO. TEL: 012-269 2600

 

CAWANGAN PUTRAJAYA

88, JALAN DIPLOMATIK P15,

PRESINT 15, 62050 PUTRAJAYA

NO. 016-253 2600

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS003_1623401259.JPG

SOALAN UMUM TENTANG RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL

 

SOALAN INI ADALAH SOALAN YANG BIASA PIHAK SEKOLAH DAPAT DAN JUGA MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH IBU BAPA!

 

1. ANAK SAYA NI KALAU DEKAT RUMAH BELAJAR DALAM AIRCOND DAN KIPAS, SEKOLAH MACAM MANA?

 - DI SEKOLAH INI TERDAPAT AIRCOND DAN KELAS DAN JUGA SEKITAR SEKOLAH SEPERTI DI DEWAN, SURAU, KANTIN DAN LIBRARY. AIRCOND KAMI MULA PASANG DARI 6.30 PAGI SEHINGGA 6.30 PETANG. SUHU AIRCOND SEKITAR 24C UNTUK KESELESAAN PELAJAR

 

2. ANAK SAYA MAKAN BANYAK TAPI KAT TEMPAT LAIN KENA BELI BERATUR BARU BOLEH MAKAN, RIS MACAM MANA?

- DI RIS, PELAJAR MAKAN DALAM 4 KALI

MORNING BOOSTER 7.00

SARAPAN 9.00

TENGAHARI 1.00

MINUM PETANG 3.30

KALAU PELAJAR LAPAR LAGI SEMASA MENUNGGU KETIBAAN IBUBAPA, PELAJAR BOLEH BAGITAHU KEPADA GURU BERTUGAS DAN KAMI AKAN BAGI BISKUT KEPADA PELAJAR

 

3. KAMI BERKERJA DI KUALA LUMPUR, KAMI KENA KELUAR RUMAH SELEPAS SUBUH DAN PULANG SELEPAS PUKUL 5.30, RIS MACAM MANA?

- DI RIS KAMI BUKA SEAWAL 6.30 PAGI DAN TUTUP SELEWAT LEWATNYA PUKUL 6.30 PETANG JIKA TUAN PUAN TERLEWAT MENGAMBIL ANAK, TUAN PUAN BOLEH WASAP DI DALAM GROUP KELAS UNTUK MAKLUMAT GURU BERTUGAS DAN GURU BERTUGAS AKAN MENUNGGU SEHINGGA PUAN TIBA DI SEKOLAH

 

4. ANAK SAYA NI AKTIF SIKIT SUKA BERJALAN, RIS BOLEH TOLONG JAGA ANAK SAYA?

- INSYALLAH PUAN, BOLEH

 

DI RIS KAMI MENGUNAKAN SISTEM SATU PINTU MASUK SATU PINTU KELUAR JADI KAMI AKAN AWASI PERGERAKAN ANAK PUAN,

DI RIS TERDAPAT MAGNETIC DOOR DAN ACCESS LOCK YANG HANYA BOLEH DIBUKA OLEH PIHAK SEKOLAH SAHAJA.

KAWASAN RIS SANGAT BESAR, JADI ANAK PUAN TIDAK BERASA TERKONGKONG ATAU CLUSTERS PHOBIC KETIKA BERADA DI SEKOLAH

 

5. ANAK SAYA NI SUSAH SOLAT SIKIT, KENA TENGOK SIKIT MASA DIA SOLAT KALAU TIDAK DIA MAIN MAIN, MACAM MANA YE CIKGU?

- DI RIS, KAMI AKAN PANTUAN PELAJAR SOLAT DHU ZOHOR DAN ASAR. GURU AKAN PANTAU DARI SEGI TERTIB SOLAT DISIPLIN ANAK DALAM SOLAT.

 

6. DI SEKOLAH YANG SEKARANG ANAK SAYA SELALU KENA KACAU ATAU BULI, RIS BOLEH UBAH PERKARA NI KE?

- DI RIS, KAMI SANGAT MENGAMBIL BERAT MENGENAI MASALAH DISIPLIN PELAJAR TERUTAMANYA BULI. KAMI AKAN TEGAS DENGAN PELAJAR MENGENAI BULI, JIKA BELAKU PERKARA INI KAMI AKAN SELESAI SECARA TELUS DAN SAKSAMA.

 

7. YURAN MACAM MANA YE, CIKGU?

 

- MENGENAI YURAN PUAN KENA BERHUBUNG DENGAN ADMIN KAMI :

0162692600 (SEMENYIH)

0162692600 (SEMENYIH)

0162692600 (SEMENYIH)

KREDIT : SIR NIK, GURU SEMENYIH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS003_1614653045.JPG

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAH 2021

1 MAC 2021- HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN UNTUK TAHUN 2021. ALHAMDULILLAH SEMUA MURID CERIA HADIR KE SEKOLAH PAGI INI SETELAH BERAPA BULAN SEKOLAH DITUTUP AKIBAT PENULARAN COVID-19 GELOMBANG KETIGA. TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA & PENJAGA YANG MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA KAMI DI RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK ANDA. LAWATI LAMAN SOSIAL KAMI @RAUDHAHISLAMICSCHOOL UNTUK INFO LANJUT.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS003_1613742548.JPG

PEMBUKAAN SEKOLAH BERMULA 1 MAC 2021

ALHAMDULILLAH, HARI INI 19 FEB 2021, MENTERI KANAN PENDIDIKAN, DR RADZI JIDIN TELAH MEMBUAT PENGUMUMAN BERKAITAN TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH SETELAH HAMPIR 3 BULAN SEKOLAH DITUTUP KERANA PELAKSANAAN PKP 2.0. TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH BERMULA 1 MAC IAITU HANYA UNTUK MURID TAHUN 1 & 2 SAHAJA KEMUDIAN DISUSULI MURID-MURID LAIN PADA 8 MAC 2021.

KAMI DI RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL PASTI PERCAYA INILAH SAAT-SAAT YANG DITUNGGU OLEH ANAK-ANAK RAUDHAH KERANA MEREKA SUDAH MERINDUI SESI PEMBELAJARAN SECARA FIZIKAL INI. KAMI UCAPKAN SELAMAT DATANG KEMBALI KE SEKOLAH & BERJUMPA DENGAN CIKGU NANTI DI DALAM KELAS MASING-MASING.

RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL.

 

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS003_1613534431jpeg

RIS VIRTUAL CLASS

PERMULAAN UNTUK SESI PEMBELAJARAN 2021,

KES PENULARAN COVID-19 MASIH BELUM BERAKHIR & KERAJAAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). SELARAS KEPUTUSAN ITU, SESI PERSEKOLAHAN SECARA FIZIKAL DISELURUH NEGERI TIDAK DAPAT DIJALANKAN. UNTUK ITU, PIHAK SEKOLAH TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENGADAKAN KELAS SECARA ATAS TALIAN BAGI MENERUSKAN SESI PEMBELAJARAN SEKOLAH. DI RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL, KELAS ATAS TALIAN KAMI DIKENALI SEBAGAI RIS VIRTUAL CLASS. ALHAMDULILLAH, BERMULA JANUARI LAGI, KELAS RIS VIRTUAL CLASS BERJALAN SANGAT LANCAR DENGAN KEHADIRAN MURID-MURID HAMPIR 90%. TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIK KERANA MASIH SEMANGAT BELAJAR WALAUPUN DALAM TEMPOH PKP.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1584946921.JPG

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2020

 

28 APRIL-1 MAC 2020

SG. CONGKAK, HULU LANGAT

28 APRIL 2020 - BAGI MEMUPUK DAN MEMBINA JATI DIRI PELAJAR YANG BERSEMANGAT, CEKAL DAN MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN SEBAGAI SEORANG KETUA, RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL (RIS) DAN RAUDHAH SECONDARY SCHOOL (RSS) TELAH MENGADAKAN KEM YANG DIKENALI SEBAGAI KEM KEPIMPINAN PELAJAR BAGI SESI 2020. KEM INI DISERTAI OLEH 120 PELAJAR DARIPADA KALANGAN PENGAWAS, KELAB BADAR DAN KETUA-KETUA KELAS SELURUH CAWANGAN RIS IAITU KAJANG, SEMENYIH DAN PUTRAJAYA SERTA SEMUA PELAJAR DARIPADA RSS.

 

KEM YANG DIADAKAN DI TAPAK KEM DAN REKREASI SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT INI DIJALANKAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM IAITU BERMULA 28 APRIL SEHINGGA 1 MAC 2020. OBJEKTIF UTAMA KEM INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMBENTUK JIWA KEPIMPINAN SEBENAR DALAM  KALANGAN MURID SAMA ADA SEBAGAI SEORANG KETUA KELAS, PENGAWAS ATAU BADAR

SEPANJANG PROGRAM INI, PELAJAR DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN DI MANA SETIAP KUMPULAN MEMPUNYAI SERAMAI 8 HINGGA 10 ORANG BAGI MEMUDAHKAN SETIAP AKTIVITI DIJALANKAN DAN MEMBENTUK SEMANGAT BERPASUKAN DALAM KALANGAN MEREKA.

 

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN ADALAH SEPERTI JUNGLE TRACKING, SOLAT DHUHA DI DALAM HUTAN, MASAKAN RIMBA, NIGHT WALK, GENGGAMAN TANGAN, T-PUZZLE, EKSPLORASI, MALAM INSPIRASI DARI HATI KE HATI DAN PELBAGAI LAGI.

 

AKHIR KATA, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TERLIBAT TERUTAMANYA GURU-GURU PENGIRING, PIHAK FASILITATOR DAN MANA-MANA YANG TERLIBAT SECARA TIDAK LANGSUNG. DIHARAPKAN PROGRAM INI BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIFNYA, AMIN INSHALLAH.

- SAFRIEZAL ZAMRI, 5 MAC 2020 

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1582513512.jpg

MESYUARAT PIBG KALI KE-5 CAWANGAN KAJANG

SABTU-22 FEB 2020, TELAH BERLANGSUNG MESYUARAT PIBG KALI KE-5 CAWANGAN KAJANG YANG DIADAKAN DI DEWAN RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL (RIS), SEMENYIH. MESYUARAT INI DIRASMIKAN OLEH PROF. TUAN HAJI IBRAHIM MOHD, PENGERUSI SURAU AN-NUR, BANDAR BARU BANGI DAN DIHADIRI HAMPIR 100 ORANG IBU BAPA PELAJAR. MESYUARAT YANG BERMULA PADA JAM 8.30 PAGI ITU DIMULAI DENGAN BACAAN AL-QURAN OLEH MURID AHMAD ISYQI RAMADHAN DAN DISUSULI DENGAN UCAPAN PENGERUSI RIS, EN. MOHD FAUZI BIN BIDIN.

MESYUARAT KALI INI DIADAKAN BAGI MEMBERI PENERANGAN TENTANG PERBELANJAAN, PERANCANGAN & PERBINCANGAN ISU-ISU SEMASA BERKAITAN MURID-MURID RIS. MESYUARAT KALI INI MENGAMBIL MASA HAMPIR 4 JAM YANG BERAKHIR PADA JAM 12.00 TENGAHARI. KAMI DARI PIHAK RIS, INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA IBU BAPA YANG SUDI HADIR & SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 INI.

LAGI

Page 5 of 7