https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1665052246.JPG

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444 HIJRAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ADALAH SAMBUTAN YANG DIADAKAN SEMPENA HARI KELAHIRAN BAGINDA RASULULLAH SAW, MENURUT PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMAK SEPERTI IMAM AL-SUYUTI BELIAU MENYATAKAN BAHAWA AMALAN TERSEBUT ADALAH BAIK DAN AKAN DIBERI PAHALA SERTA GANJARANNYA, KERANA BERTUJUAN MELAHIRKAN RASA CINTA DAN SAYANG KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW. BERDASARKAN HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH ANAS BIN MALIK, RASULULLAH SAW BERSABDA:

“TIDAK (SEMPURNA) IMAN SESEORANG SEHINGGALAH AKU MENJADI ORANG YANG PALING DISAYANGINYA MELEBIHI AHLI KELUARGANYA SENDIRI DAN HARTANYA DAN MANUSIA KESELURUHANNYA”.

(RIWAYAT MUSLIM)

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1664927928.JPG

PROGRAM MOTIVASI PERSEDIAAN UPKK & PSRA 2022

GAMBAR SEKITAR PROGRAM MOTIVASI PERSEDIAAN UPKK & PSRA YANG BERLANGSUNG SEMALAM DI #RAUDHAHISLAMICSCHOOL KAMPUS VISTA VALLEY, SEMENYIH.

SEMOGA ANAK-ANAK MENDAPAT MANFAAT SEBAIKNYA DALAM PROGRAM INI BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKAN DATANG💪🏼

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1664350329.JPG

SESI PERJUMPAAN BERSAMA TUAN PENGERUSI

CARI "PASSION" DALAM SETIAP PEKERJAAN YANG KITA LAKUKAN. HIDUP AKAN LEBIH TENANG JIKA KITA LAKSANAKAN TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN SEBAIKNYA.
MANAKALA JIKA KITA MELETAKKAN PEKERJAAN ITU SEBAGAI SATU BEBANAN YANG PERLU KITA SELESAIKAN, IA AKAN MENIMBULKAN RASA SERABUT DAN MENYEBABKAN KITA SUKAR UNTUK MENYELESAIKAN TUGASAN.
KESANNYA BUKAN KEPADA DIRI KITA SAHAJA, BAHKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT DI SEKELILING JUGA TURUT MENDAPAT TEMPIASNYA.
LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1663646833.JPG

PERTANDINGAN MEMBUAT TENGKOLOK & KOLAJ SEMPENA HARI MALAYSIA 2022

15 SEPTEMBER 2022 - BAGI MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN TANAH AIR, PIHAK SEKOLAH TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEMBUAT TENGKOLOK & KOLAJ BERTEMAKAN HARI MALAYSIA. PROGRAM INI JUGA DAPAT MENCUNGKIL BAKAT SENI YANG TERPENDAM DALAM JIWA ANAK-ANAK.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1662076190.JPG

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65

30 OGOS 2022 - RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL, RAUDHAH MONTESSORI CENTRE & RAUDHAH SECONDARY SCHOOL TELAH MENGADAKAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 DI PERKARANGAN KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16, PUTRAJAYA. PROGRAM INI MELIBATKAN SEMUA MURID, GURU & STAF PENGURUSAN YANG DIADAKAN BAGI MEMUPUK KECINTAAN KITA SEMUA KEPADA NEGARA. LAUNGAN KEMERDEKAAN OLEH TUAN PENGERUSI SEBANYAK 3 KALI BERKUMANDANG SEBAIK SAHAJA PERUTUSAN KEMERDEKAAN HABIS DI BACA OLEH PENGARAH PROGRAM, CIKGU NAJIHAH. 

PELBAGAI AKTIVITI DIADAKAN SEPANJANG PROGRAM INI ANTARANYA PERTUNJUKAN FESYEN, NYANYIAN, PENTOMIN DAN TARIAN. 

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1660787086.JPG

PELANCARAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 65

USAHA MENERAP SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN ANAK SEJAK KECIL SANGAT SIGNIFIKAN, NAMUN BAGAIMANA MELAKUKANNYA?
IA BOLEH BERMULA DENGAN MEMBELIKAN ANAK KECIL JALUR GEMILANG YANG MENJADI KEBANGGAAN MALAYSIA.
 
HIASKAN SUDUT RUMAH DENGAN JALUR GEMILANG YANG INDAH. CERITAKAN JUGA KISAH SEJARAH SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN KEPADA ANAK DENGAN BAHASA SANTAI DAN MUDAH DIFAHAMI. ANAK PERLU DIDEDAHKAN SEJARAH NEGARA KITA YANG PERNAH DIJAJAH KUASA ASING IAITU JEPUN DAN BRITISH SEHINGGALAH MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA 1957.
 
AYUH IBU BAPA, KITA SANTUNI ANAK DENGAN KISAH INI UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM JIWA MEREKA. SEMOGA ANAK KITA MEMAHAMI BETAPA PENTING MENYAYANGI DAN MENGHARGAI KEAMANAN YANG DINIKMATI SEKARANG. USAHLAH ANAK TERIKUT DENGAN BUDAYA BARAT YANG AKAN MENYESATKAN MENTALITI DAN IDEOLOGI. BERSIHKAN DIRI DARIPADA ANASIR NEGATIF YANG BISA MENGHANYUTKAN MEREKA KE LEMBAH KEHINAAN.
 
KISAHKAN JUGA KEPADA ANAK SUPAYA MEREKA BERTERIMA KASIH KEPADA PERAJURIT NEGARA TERDIRI DARIPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), SERTA SEMUA ANGGOTA PERTAHANAN YANG BERKORBAN JIWA DAN RAGA DEMI MENCAPAI KEMERDERKAAN. MEREKA JUGA SENTIASA BERSIAP SEDIA MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA TERCINTA.
 
BUDAYAKANLAH ANAK TERCINTA UNTUK MEMBABITKAN DIRI DENGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI PERINGKAT SEKOLAH, NEGERI DAN NEGARA DEMI MENGHAYATI MAKNA SEBENAR KEMERDEKAAN, MENGHARGAI PERPADUAN KAUM SERTA KEAMANAN YANG DIKECAPI. SEKIRANYA TIDAK TERBABIT SECARA LANGSUNG UNTUK SAMBUTAN, PASTIKAN KITA AJAK ANAK-ANAK MENONTON TELEVISYEN SEMASA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN BAGI MEMBANGKITKAN RASA PARTRIOTISME, SEMANGAT PERPADUAN DAN CINTAKAN KEAMANAN. ANAK ADALAH GENERASI PELAPIS BANGSA DAN PEWARIS NEGARA TERCINTA. SAYANGI MALAYSIAKU DAN SALAM KEMERDEKAAN.
LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1660785873.JPG

JUNIOR CHEF 2022

PADA SETIAP TAHUN RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM YANG MENARIK IAITU PROGRAM PERTANDINGAN CEF CILIK PERINGKAT SEKOLAH.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PROGRAM INI TELAH MENJADI SATU TRADISI DI SEKOLAH INI DIMANA IANYA BERTUJUAN UNTUK MENGCUNGKIL BAKAT PARA PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMASAK, MENGHIAS MAKANAN DAN JUGA INGIN MELIHAT KEBERANIAN MURID DALAM MENYAMPAIKAN PERSEMBAHAN TENTANG MENU YANG DIPILIH.
 
PROGRAM INI DAPAT MEMUPUK BUDAYA MINAT MEMASAK DALAM DIRI MURID-MURID SEJAK DARI DIBANGKU SEKOLAH LAGI SERTA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA AHLI KUMPULAN.
 
PADA PERINGKAT UMUR BEGINI, MURID-MURID MUDAH UNTUK MENERIMA TUNJUK AJAR DAN PADA MASA YANG SAMA DAPAT MEMBENTUK JATI DIRI DALAM DIRI MEREKA. SEMOGA MURID-MURID SENTIASA SEMANGAT DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI.
LAGI

Page 2 of 7