https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1630741986.jpg

ADAB MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

 

عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

DARIPADA HAFSH BIN ‘ASHIM, DARI ABU HURAIRAH RA, DARI NABI SAW BAGINDA BERSABDA, “CUKUP SESEORANG DIKATAKAN DUSTA, JIKA DIA MENCERITAKAN SEGALA APA YANG DIA DENGAR (TANPA TABAYYUN).” (HR. MUSLIM NO. 5). STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN:

1. DUSTA IALAH MEMBERITAHU KEPADA ORANG RAMAI SATU BERITA ATAU SATU CERITA YANG TIDAK BENAR. APABILA DIA MEMBACA ATAU DIA MENDENGAR SESUATU MAKLUMAT, TANPA SIASAT DAN TANPA BUKTI, DIA TERUS MENYAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN MALAH MUNGKIN ADA TAMBAH MENAMBAH, BAGI MENYEDAPKAN CERITA.

2. SETIAP KITA PERLU BERHATI-HATI SEBELUM KITA MENCERITAKAN ATAU MENYEBAR SESUATU MAKLUMAT YANG DITERIMA. AMBIL SIKAP TAWAQQUF (DIAM HINGGA ADA DALILNYA) ITU LEBIH BAIK DARI BERLUMBA-LUMBA MENJADI ORANG PERTAMA YANG MENYAMPAIKAN.

3. IMAM NAWAWI DALAM SYARH SAHIH MUSLIM KETIKA MENJELASKAN HADIS INI MENYATAKAN: SESEORANG BOLEH DIKATAKAN BERDUSTA, APABILA SEGERA MENCERITAKAN KHABAR YANG DIPEROLEHI, KERANA BERITA YANG DIDENGAR BOLEH JADI DITOKOK TAMBAH.

4. MEDIA SOSIAL HARI INI SERING MENYEBARKAN MAKLUMAT YANG BERBEZA DARIPADA YANG ASAL. CONTOHNYA PETIKAN UCAPAN, VIDEO ATAU GAMBAR MUNGKIN JUGA DIEDIT DAN DISEBARKAN YANG BOLEH MENIMBULKAN KONTROVESI. LALU DI OLAH DAN DIULAS DENGAN GAMBARAN YANG BERBEZA DARIPADA CERITA ASAL ATAU KESELURUHAN UCAPAN. OLEH SEBAB ITU APA YANG DIDENGAR ATAU SESUATU YANG DITULIS BOLEH JADI BENAR, BOLEH JADI TIDAK. JIKA SESEORANG MENCERITAKAN ATAU MENYEBARKAN SETIAP APA YANG IA DENGAR ATAU SETIAP APA YANG DI TERIMA SEPERTI MENERUSI WHATSAAP, TELEGRAM, FB DAN SEBAGAINYA, MAKA IA TELAH BERDUSTA KERANA MEMBERITAKAN SESUATU YANG SEBENARNYA MUNGKIN TIDAK TERJADI ATAU TIDAK BENAR. KALAUPUN BENAR MUNGKIN BOLEH JATUH KEPADA MENGUMPAT KERANA SENGAJA MEMBUKA AIB ORANG LAIN SERTA MEMBUKA RUANG KEPADA MAKI HAMUN DALAM KOMEN NITEZEN.

INGATLAH FIRMAN ALLAH:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU SEORANG FASIK MEMBAWA SESUATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH (UNTUK MENENTUKAN) KEBENARANNYA (TABAYYUN), SUPAYA KAMU TIDAK MENIMPAKAN SESUATU KAUM DENGAN PERKARA YANG TIDAK DIINGINI DENGAN SEBAB KEJAHILAN KAMU (MENGENAINYA) SEHINGGA MENJADIKAN KAMU MENYESALI APA YANG KAMU TELAH LAKUKAN (AL-HUJURAT: 6)

5. IMAM AL-SYAUKANI BERKATA;“YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘TABAYYUN’ ADALAH MEMERIKSA DENGAN TELITI, BERHATI-HATI DAN TIDAK TERGESA-GESA, MELIHAT DENGAN KEILMUAN YANG DALAM TERHADAP SESUATU PERISTIWA DAN KHABAR YANG DATANG, SEHINGGA MENJADI JELAS DAN TERANG BAGINYA.”

6. TIDAK SEMUA BERITA YANG BENAR ITU BOLEH DISEBARLUASKAN JIKA IA BOLEH MENIMBULKAN SALAH FAHAM, KERESAHAN JUGA KEKACAUAN KEPADA MASYARAKAT. KATA ABDULLAH BIN MASUD RA DALAM MUQADDIMAH SAHIH MUSLIM:

مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً

“TIDAK BOLEH ENGKAU MENCERITAKAN (SUATU BERITA) KEPADA SEKELOMPOK ORANG, BERUPA BERITA YANG TIDAK BOLEH MEREKA FAHAMI MALAH AKAN MENJADI SUMBER KERUSAKAN (KERESAHAN ATAU KEKACAUAN) KEPADA MEREKA.”

7. BERHATI-HATILAH APABILA MENYEBAR ATAU SHARE SESUATU MAKLUMAT. LATIHLAH DIRI AGAR TIDAK TERUS SHARE INFO YANG DITERIMA. MOGA KITA TIDAK MENJADI PENDUSTA. JUSTRU DIAM ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENYEBARKAN BERITA PALSU.

NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA

#BINANEGARARAHMAH
#PERTUBUHANIKRAMMALAYSIANEGERIJOHOR

04HB SEPTEMBER 2021
26HB MUHARAM 1443H

UTK DAPATKAN 1 HARI 1 HADIS PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA NEGERI JOHOR, SILA KLIK LINK DI BAWAH :
TELEGRAM.ME/HADISHARIAN_IKRAM

INGIN MENYERTAI 1 HARI 1 HADIS DALAM BAHASA INGGERIS? SILA KLIK LINK DI BAWAH:
HTTPS://T.ME/AHADITHADAYAHAD

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1630459884.jpg

PRIHATIN SALING MENYAYANGI

عن أبي موسى الأشعري أنه سمع النبي - صلى الله عليه وسلم - يقول : " لَنْ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَرْحَمُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولُ الله  كُلُّنَا رَحِيم . قال : " إِنَّهُ لَيسَ بِرَحْمَةِ أَحَدِكُمْ صَاحِبَهُ  وَلَكِنَّهَا رَحْمَةَ النَّاسِ رَحْمَةَ الْعَامَّةِ 

DARIPADA ABI MUSA AL-ASYARI, SESUNGGUHNYA AKU MENDENGAR NABI SAW BERSABDA: KAMU TIDAK DIANGGAP BERIMAN SEHINGGA KAMU SALING MENYAYANGI. PARA SAHABAT BERKATA: WAHAI RASULULLAH, KAMI SEMUA ADALAH PENYAYANG. RASULULLAH SAW BERSABDA: KASIH SAYANG YANG DIMAKSUDKAN BUKANLAH KASIH SAYANG DI ANTARA KALIAN SAHAJA BAHKAN KASIH SAYANG KEPADA SELURUH MANUSIA DAN SELURUH MAKHLUK. (HR TOBRANI NO 13671) STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN

1. SIKAP PRIHATIN, SALING SAYANG MENYAYANGI ANTARA SESAMA MAKHLUK BERKAIT RAPAT DENGAN IMANNYA KEPADA ALLAH.

2. TUNTUTAN MENYAYANGI BUKAN HANYA KEPADA SESAMA MUSLIM MALAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM JUGA SELURUH MAKHLUK YANG LAIN DENGAN MEMBERI HAK MEREKA SEWAJARNYA.

3. SIFAT BERKASIH SAYANG ADALAH FITRAH YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH KEPADA SEMUA MAKHLUK YANG BERNYAWA. BUKAN HANYA KEPADA MANUSIA TETAPI JUGA KEPADA BINATANG. NALURI KASIH SAYANG SELALU ADA PADA MANUSIA SEPERTI KASIH SAYANG KEPADA ORANG TUA, ORANG MUDA, KANAK-KANAK, SERTA SESAMA MANUSIA.

4. MENURUT IBNU QAYYIM: KASIH SAYANG ADALAH SIFAT MEMBERI MANFAAT DAN KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN DAN BERSEDIA BERSUSAH PAYAH MENDATANGKAN KEBAIKAN DAN MENJAUHKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG LAIN.

5. ALLAH MENYAYANGI ORANG YANG MENYAYANGI SESAMA MAKHLUK. RASULULLAH SAW BERSABDA:

إنما ير حم الله من عباده الرحماء

ALLAH HANYA AKAN MENYAYANGI HAMBA YANG MENYAYANGI (MAKHLUK-NYA) HR BUKHARI DAN MUSLIM.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1629440122.jpg

KEMERDEKAAN : PERJUANGAN MENENTANG MUSUH TIDAK NAMPAK!

 
"ERTI KEMEDEKAAN BUKANLAH SEKADAR BEBAS DARIPADA PENJAJAHAN SECARA FIZIKAL SEMATA-MATA, MALAH IA PERLU DIHAYATI DENGAN LEBIH MENDALAM AGAR KITA DAPAT MENGHINDARI PENJAJAHAN YANG LEBIH BAHAYA SEPERTI PENJAJAHAN MENTAL SERTA PENGARUH NEGATIF DARI ANASIR LUAR."
 
NAMUN DALAM KONTEKS MASA KINI, SELURUH DUNIA SEDANG BERGELUT DENGAN VIRUS COVID-19 YANG MENGUBAHKAN HAMPIR KESELURUHAN MANUSIA DAN SUDAH MENCECAH RATUSAN RIBU ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT VIRUS INI. AMAT WAJAR UNTUK KITA KATAKAN PERJUANGAN KITA PADA MASA KINI ADALAH UNTUK BEBAS DARIPADA VIRUS COVID-19 INI!
 
UNTUK ITU, KITA HARUSLAH BERGANDING BAHU TIDAK KIRA BANGSA, AGAMA ATAU LATAR BELAKANG BERSAMA-SAMA DALAM MEMERANGI WABAK INI. SERUAN KERAJAAN DI MANA SETIAP INDIVIDU PERLU MENGAMBIL VAKSIN ADALAH SALAH SATU LANGKAH TEPAT BAGI MENGEKANG PENULARAN WABAK INI.
 
ALHAMDULILLAH, KAMI GURU-GURU DAN KAKITANGAN RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL SUDAH HAMPIR KESELURUHAN TELAH DIVAKSINASI AGAR KAMI BOLEH TERUS BERKHIDMAT MENDIDIK ANAK-ANAK ANDA SEKIRANYA DIUMUMKAN SEKOLAH SUDAH BOLEH DIBUKA. KEPADA ANDA DILUAR SANA, KAMI MENYERU UNTUK SAMA-SAMA MENDAFTARKAN DIRI DALAM PROGRAM VAKSINASI INI. INSHALLAH SEKIRANYA KITA BERJAYA WUJUDKAN IMUNISASI KELOMPOK LEBIH CEPAT, KITA AKAN BERJAYA MENGHAPUSKAN WABAK COVID-19 DARI MUKA BUMI INI, INSHALLAH.
 
GAMBAR : SAMBUTAN KEMERDEKAAN RIS 2019
LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1628042637.jpg

BERSEDEKAH MEMBUKA PINTU REZEKI

PERKONGSIAN HADIS DARIPADA GURU RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL ;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه

ERTINYA: "SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH SAW, 'SEDEKAH ITU TIDAK AKAN MENGURANGI HARTA. TIDAK ADA ORANG YANG MEMBERI MAAF KEPADA ORANG LAIN, MELAINKAN ALLAH AKAN MENAMBAH KEMULIAANNYA. DAN TIDAK ADA ORANG YANG MERENDAHKAN DIRI KARENA ALLAH, MELAINKAN ALLAH AKAN MENGANGKAT DARJATNYA.'" (HR. MUSLIM)

PENGAJARAN:


1. SEDEKAH BERERTI MEMBERIKAN SEBAHAGIAN HARTA YANG KITA ADA UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN. BANYAK YANG MASIH BERFIKIRAN, BAHAWA JIKA KITA BERKONGSI HARTA UNTUK SEDEKAH, MAKA HARTA YANG KITA MILIKI AKAN HABIS. SEBALIKNYA, ALLAH SWT MENJANJIKAN BALASAN REZEKI YANG BERLIPAT GANDA BAGI UMAT-NYA YANG GEMAR SEDEKAH.

2. SEDEKAH YANG KITA KELUARKAN AKAN MENOLONG KITA DARIPADA SEKSAAN API NERAKA.

3. DARJAT ORANG BERSEDEKAH DIANGKAT OLEH ALLAH ATAS KEMULIAAN YANG DILAKUKAN

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1627953381.jpg

BERKASIH SAYANG DI DUNIA MENDAPAT NAUNGAN DI PADANG MAHSYAR

PERKONGSIAN HADIS DARIPADA GURU RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

DARIPADA ABU HURAIRAH RA DIA BERKATA; RASULULLAH SAW BERSABDA: "SESUNGGUHNYA ALLAH TA'ALA BERFIRMAN PADA HARI KIAMAT KELAK: "MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGAN-KU? HARI INI KU NAUNGI MEREKA, DI MANA TIDAK ADA NAUNGAN PADA HARI INI SELAIN NAUNGAN-KU." (SAHIH MUSLIM NO: 4655) STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN:

1. SETIAP KITA AKAN BERTEMU ALLAH PADA HARI AKHIRAT UNTUK MENERIMA BALASAN DI ATAS SEGALA AMAL YANG DILAKUKAN SEMASA DI DUNIA.

2. SETIAP MANUSIA AKAN DIBANGKITKAN DAN MELALUI KESUSAHAN DAN KEPAYAHAN PADANG MAHSYAR KECUALI ORANG YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH.

3. ANTARA ORANG YANG AKAN MENDAPAT NAUNGAN DAN PERLINDUNGAN DI PADANG MAHSYAR IALAH MEREKA YANG SALING MENCINTAI SESAMA MEREKA SEMASA DI DUNIA KERANA ALLAH.

SEMOGA KITA MENJADI SALAH SEORANG YANG MENDAPAT NAUNGAN DI HARI KIAMAT KERANA SALING CINTA MENCINTAI SESAMA MUSLIM SEMATA-MATA KERANA ALLAH SEMASA KITA HIDUP DI DUNIA INI.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1627877690.jpg

LARANGAN MENCELA SESAMA MUSLIM

 

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

DARIPADA MUHAMMAD BIN SA'D DARI SA'AD, DIA BERKATA, "RASULULLAH SAW BERSABDA: "MENCACI ORANG MUSLIM ADALAH KEFASIKAN DAN MEMERANGINYA ADALAH KEKUFURAN." (HR IBNU MAJAH NO: 3931) STATUS: HADIS SAHIH

PENGAJARAN:

1. MENCACI ORANG ISLAM ITU TERMASUK PERBUATAN FASIK.

2. MEMERANGI ORANG ISLAM ITU TERMASUK PERBUATAN KUFUR.

3. ALLAH MELARANG ORANG BERIMAN DARI SALING MENCELA. FIRMAN ALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH SEKUMPULAN ORANG LAKI-LAKI MENCELA KUMPULAN YANG LAIN, BOLEH JADI YANG DICELA ITU LEBIH BAIK DARI MEREKA. DAN JANGAN PULA SEKUMPULAN PEREMPUAN MENCELA KUMPULAN LAINNYA, BOLEH JADI YANG DICELA ITU LEBIH BAIK. DAN JANGANLAH SUKA MENCELA DIRIMU SENDIRI DAN JANGAN MEMANGGIL DENGAN GELARAN YANG MENGANDUNG EJEKAN. SEBURUK-BURUK PANGGILAN ADALAH (PANGGILAN) YANG BURUK SESUDAH IMAN DAN BARANG SIAPA YANG TIDAK BERTAUBAT, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG ZALIM “ (QS. AL HUJURAAT :11)

4. IMAM AT THABARI MENYATAKAN: LARANGAN INI MENCAKUP SELURUH BENTUK CELAAN DAN CACIAN. TIDAK BOLEH SEORANG MUKMIN MENCELA MUKMIN YANG LAIN KERANA KEMISKINANNYA, KERANA PERBUATAN DOSA YANG TELAH DILAKUKANNYA, JUGA SEBAB YANG LAINNYA” (LIHAT JAAMI’UL BAYAN).

5. SIKAP MENCELA ORANG LAIN ITU BERPUNCA DARI RASA SOMBONG DAN UJUB TERHADAP DIRINYA SENDIRI YANG MERASAKAN DIRINYA LEBIH BAIK.

6. SEORANG MUKMIN TIDAK AKAN MEMANGGIL ATAU MENGGELAR ORANG LAIN DENGAN GELARAN ATAU PANGGILAN YANG BURUK.

MARILAH KITA BERSIFAT RAHMAH. MOGA KITA DIJAUHI DARI SIFAT SUKA MENCELA DAN MENGHINA ORANG LAIN.

LAGI
https://my04.awfatech.com/raudhah/content/news/newsf1_RIS115_1627543812.jpg

APAKAH PERANAN PENDIDIKAN SENI TERHADAP MURID DI SEKOLAH?

ALAM SENI VISUAL IANYA LEBIH MELIBATKAN LUKISAN. MELALUI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL YANG DITERAPKAN DI SEKOLAH RENDAH SEMEMANGNYA BERSIFAT GLOBAL BERSEDIA BAGI MEMBENTUK MURID-MURID KE ARAH MATLAMAT YANG TELAH DIRANGSANGKAN. DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA ADA DINYATAKAN TENTANG USAHA YANG BERTERUSAN KE ARAH NK MEMPERKEMBANGKAN BAKAT DAN POTENSI INDIVIDU. MAKA KEBOLEHAN DAN MINAT MURID-MURID YANG ADA TIDAK PATUT DISIA-SIAKAN KERANA PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL AMAT PENTING UNTUK PEMBENTUKAN INDIVIDUAL YANG SEIMBANG DAN BERSEPADU INI. TANPA WARNA KEHIDUPAN AKAN MENJADI TIDAK BERMAKNA. SUDAH SEMESTINYA KEHIDUPAN AKAN MENJADI BOSAN DAN TIDAK MENARIK.

WARNA JUGA TURUT DIGUNAKAN DALAM SENI DALAM PENDIDIKAN IAITU DALAM KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL. WARNA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MENGGAMBARKAN SESEBUAH KEBUDAYAAN,EMOSI DAN MAKSUD DALAM KARYA SENI VISUAL. BAGI PROSES PEMBELAJARAN DI SEKOLAH UNTUK MENGEMBANGKAN KREATIVITI MURID-MURID. SELAIN MENGGALAKKAN PENJANAAN IDEA,MATA PELAJARAN INI BANYAK MEMBERI PELUANG DAN KEBEBASAN KEPADA MURID UNTUK MELAKUKAN EKSPLORASI DAN PERCUBAAN BAGI MENGHASILKAN SESUATU KARYA YANG BAIK.

DALAM HAL INI, PEMUPUKAN PEMIKIRAN KREATIF PERLU DISEMAI SEMENJAK KANAK-KANAK LAGI. KANAK-KANAK DILAHIRKAN DENGAN MEMPUNYAI SIFAT YANG DINAMIK SERTA BERKEMBANG MENGIKUT FITRAH SEMULAJADI PROSES TUMBESARAN MEREKA. HASIL KERJA SENI VISUAL YANG DIHASILKAN BERFUNGSI SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI DAN MERUPAKAN REFLEKSI PEMIKIRAN KANAK-KANAK. PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH MENYARANKAN STRATEGI PEMBELAJARAN YANG BERSEPADU DALAM MATA PELAJARAN INI DAN ANTARA MATA PELAJARAN LAIN.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKAN LEBIH BERKESAN DENGAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF .MURID DIGALAKKAN MENYIMPAN REKOD PENGALAMAN PEMBELAJARAN DAN HASIL KERJA SENDIRI. MALAHAN INI AKAN MELATIH MURID MEMBUAT ANALISIS, SINTESIS DAN REFLEKSI TERHADAP PEMBELAJARANNYA UNTUK FAEDAH SENDIRI. SETIAP MURID MEMPUNYAI PELBAGAI KECERDASAN SEPERTI RUANG VISUAL,KINESTETIK, INTERPERSONEL DAN INTRAPERSONEL. SIFAT INI AMAT PENTING UNTUK MEMBANTU MURID BERKARYA, BERKOMUNIKASI DAN MENGUKUH KOORDINASI PANCAINDERA SECARA SEIMBANG. PROSES INI MENJADIKAN PEMBELAJARAN LEBIH BERKESAN DAN BERMAKNA.

PENDIDIKAN SENI VISUAL MAMPU MELAHIRKAN INSAN YANG HARMONIS,KRITIS,KREATIF DAN PRODUKTIF MENERUSI PEMUPUKAN ASAS SENI VISUAL. KANDUNGAN KURIKULUM BERUPAYA MEMBANTU MURID MENINGKATKAN RASA KESYUKURAN TERHADAP TUHAN, MENGHARGAI KEINDAHAN ALAM PERSEKITARAN,KEINDAHAN SENI DAN WARISAN BANGSA SERTA DAPAT MENYUMBANG KE ARAH PEMBANGUNAN DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT DAN NEGARA.

JADI SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. PENGALAMAN SENI INI ADALAH UNTUK MEMPERKEMBANG DAN MENYELARASKAN PERSEPSI SERTA KONSEPSI VISUAL MURID SEBAGAI ASAS BAGI MENGGALAKKAN PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF. PENGALAMAN INI JUGA SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN PERINGKAT KESEDIAAN DAN PENERIMAAN MURID DARI SEGI SOSIOEMOSI,PSIKOMOTOR DAN MENTAL YANG MERANGKUMI PERASAAN,KOORDINASI, MANIPULASI DAN PERSEPSI VISUAL.

KARYA SENI KANAK-KANAK ADALAH BERSIFAT PERIBADI DAN TERSENDIRI. HAL INI DISEBABKAN KANAK-KANAK DAN KREATIVITI MEMANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN. KANAK-KANAK DILAHIRKAN DENGAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN YANG BERBEZA. KREATIVITI YANG TERDAPAT DI DALAM DIRI KANAK-KANAK ADALAH BERSIFAT SEMULAJADI. TETAPI BAKAT DAN KREATIVITI YANG TIDAK DIBERI GALAKAN DAN BIMBINGAN YANG SEWAJARNYA DAPAT DILUPUSKAN DENGAN BEGITU SAHAJA. BUKAN ITU SAHAJA SENI VISUAL INI JUGA DAPAT MEMBERI KEYAKINAN ,MURID AKAN LEBIH FOKUS DALAM PELAJARAN SERTA DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH SIKAP SESEORANG MURID ITU SENDIRI MELALUI HASIL KARYA YANG DIBUAT. HAL INI TELAH DIJELASKAN OLEH JENSEN (2001) YANG MENYATAKAN BAHAWA :

“THERE IS MOUNTING EVIDENCE THAT EXPERIENCES IN THE ARTS DEVELOP SELF-CONFIDENCE.

RESEARCHS REPORT, FOR EXAMPLE, THAT ARTS LEARNING FOSTERS CO-OPERATIVE, FOCUSED BEHAVIOUR, PROBLEM-SOLVING,AND THE DEVELOPMENT OF FAIR-MINDED CITIZENS”.

 

DISEDIAKAN OLEH : SIR FAZRUL, GURU SENI RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL PUTRA KAJANG.

LAGI

Page 3 of 7